Thursday, June 18, 2009

Pengenalan 1st Floor Guesthouse

Memperkenalkan rumah tumpangan yang baru dibuka pada bulan Mei 2009 lepas dan mendapat sambutan baik. Rumah tumpangan ini terletak bangunan rumah kedai di tingkat atas, PT 7451, Taman Megah Lagenda, Jalan Hospital Daerah (Lati), 17000 Pasir Mas, Kelantan. Jarak dari Hospital Daerah Pasir Mas (Lati) cuma 300 meter dan berhadapan dengan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (bagi pelajar cacat pendengaran. kampung Lati menjadi pilihan kerana ia adalah kawasan perumahan yang dikelilingi oleh kedai dan yang utamanya ia adalah jalan pintas ke Rantau Panjang.

Peta Negeri Kelantan
Map Kelantan 2


Peta Pasir Mas

View Larger Map

Peta lokasi Google menunjukkan Hospital Pasir Mas sebagai rujukan


Bagaimana datang ke sini?

Dari Grik, Perak
Bagi anda yang memandu dari Grik-Jeli-Tanah Merah dan ke Pasir Mas, anda boleh belok ke kiri bila sampai di simpang tiga Sekolah Menengah Tengku Panglima Raja (ada jejantas di depannya). Simpang tiga ini berada sebelum bulatan (roundabaout)Lemal/Pasir Mas. Maju terus ke hadapan lebih kurang lebih dua kilometer (2km)akan kelihatan Hospital pasir Mas. Guesthouse ini berada selepas pagar hospital.

Walaupun begitu bagi mereka yang dah biasa di kawasan Kelantan ini, ada boleh masuk melalui Kg Panglima Bayu, Tanah Merah.Begini, bila anda memandu dari Jeli, anda akan melalui Perkedaian Bukit Bunga/Petronas. Maju ke depan lagi sehinggalah ada signboard untuk ke Rantau Panjang di Kg Panglima Bayu ini. Belok ke kiri dan lebih kurang berbelas kilometer anda akan melihat pekan Rantau Panjang. Dari pekan ini susur keluar ke Pasir Mas/Kota Bharu. Lebih kurang 16km anda akan melihat signboard ke Hospital pasir Mas (Kg Lati. Belok kanan dan anda telah sampai ke sini.


Dari Kuala Lumpur/Gua Musang

Jika memandu dari Kuala Lumpur/Cameron Highland/Gua Musang-Kuala Krai-Machang, pandu terus ke Kota Bharu. Bila sampai di mukim Tunjong, Kota Bharu (berhampiran bandar Kota Bharu).Bila sampai di persimpangan empat Jalan Salor,ambil lorong kiri untuk ke Pasir Mas (disimpang empat ini ada restoran New Horizon). Pandu terus sehinggalah anda jumpa bulatan (roundabaout) Lemal/Pasir Mas. Belok ke kiri (jam 9 arah bulatan) dan akan jumpa simpang tiga di depan petrol pam Esso. Belok kanan hingga ke Hospital Pasir Mas

Dari Kuala Terengganu/Jerteh

Dari Jerteh-Pasir Puteh-Kubang Kerian. Bila sampai di persimpanagn utama Kubang Kerian, pandu arah ke Kota Bharu sehinggalah dua atau tiga kilometer di depan akan terlihat pasaraya Bilal di bahagian kanan. Anda masuk ke kiri di simpang empat ini terus ke Tunjong/ Pasir Mas. Pandu lurus di persimpangan restoran New Horizon. Anda akan sampai ke Pasir Mas.


Keadaan Persekitaran
Kawasan ini dikelilingi oleh perumahan, hospital, pejabat kesihatan dan sekolah. Kedai makan dan kedai runcit banyak dan beroperasi hingga lewat malam. Perkhidmatan bas henti-henti SKMK bermula dari bandar Pasir Mas melalui kawasan ini seterusnya hingga ke pekan Rantau Panjang.


Perihal Kediaman
Ruang rumah agak terhad 20 kaki X 60 kaki. Keluasan ini cukup untuk menampung enam hingga lapan orang sahaja. Walau bagaimanapun kelengkapan yang disediakan adalah mencukupi.

Bilik utama: Double bed (Queen), alat hawa dingin, lemari dan bilik air (tiada tingkap)
Bilik kedua: Dua katil single, alat hawa dingin dan lemari (tiada tingkap)
Bilik ketiga: Kosong, kipas siling (tingkap)
Bilik air kedua berada di bahagian belakang rumah.
Ruang tamu: Dua kerusi dan meja jati, set home teater, kipas siling dan tingkap
Ruang dapur: Peralatan menyediakan kopi segera dan peti ais. Dapur tidak disediakan.


Harga Perkhidmatan
Bagi hari-hari bekerja biasa, harga penginapan sehari semalam adalah RM120.00. Walau bagaimanapun harga penginapan adalah RM150.00 di hari cuti am dan cuti persekolahan.
Bagi penginapan tiga malam dan lebih, kadar bayaran akan dikurangkan.


Lain-lain Perkhidmatan
Bagi pelawat yang belum biasa dengan kawasan Pasir Mas/ Rantau Panjang, anda akan ditemani (escort) untuk membeli-belah di Mundok (Thailand) dan Rantau Panjang.